Sunday, August 21, 2011

HEALTH..very very important tips.

Answer the phone by LEFT ear.
Do not drink coffee TWICE a day.
Do not take pills with COLD water.
Do not have HUGE meals after 5 p.m.
Reduce the amount of OILY food you consume.
Drink more WATER in the morning,less at night.
Keep your distance from cellphones,wifis & phone CHARGERS.
Do not use cellphones or headphones for a LONG period of time.
When the battery is down to the LAST grid/bar,do not answer the phone as the radiation is 1000 times more..

Sunday, March 6, 2011

Kehidupan itu mencipta 1001 mcm perasaan.

Alhamdulillah Allah masih bagi peluang utk menukilkan sesuatu dilaman ini setelah berminggu lamanya ditinggalkan.Untuk post kali ini,ingin berkongsi sedikit sebanyak kehidupanku di taska dan tadika Nurul Taqwa..Sedar x sedar,dah hampir sebulan lebih aku menabur bakti disitu mendidik mujahid-mujahidah kecil yang sungguh mencipta pelbagai mcm perasaan..memang,x dapat dinafikan,memandang wajah-wajah suci mereka sungguh menenangkan.Macam-macam perasaan ada,lucu,sabar,marah,geram,kesian....haha..penat tu memang penat..tapi kalau duduk kat rumah saje pun.susah untuk mendidik diri untuk sentiasa menghargai masa.
                                      suasana waktu perhimpunan
                                          waktu perbarisan sambutan maulidul rasul
                                          tekun menulis kalimah selawat
                                     time perhimpunan sblm pulang..semuanya dah letih

                                       amirah afiqah...budak ni lincah betul..
                                          yang ni baby sofea..suka sgt nangis
      yang ni aisyah,skrg dah boleh jalan dah...dulu time saya baru masuk
           dia asyik nangis je sbb takut tengok orang baru..skrg dah ok..

           suasana time kelas petang..kanak2 yang stay sampai petang
              penat betul mengajar depa ni...macam-macam karenah....
                                     suasana di taska nurul taqwa
                                       kelas petang 6 tahun
                 Emir Aariz...huh..selalu sangat kena marah ngan ustzh2
                mudah-mudahan dpt mnjd mujahid islam masa hadapan..

Hrmm..setakat ni dulu kot untk post kali  ini...x larat nak tulis banyak2..mudahan dikira sbg ibadah.

Saturday, February 12, 2011

JDK..Genap sebulan kita Berpisah..


                                                     

                                                       nama kumpulanku
                                          homestay yg mnglkn 1001 kenangan
                                       destinasi terakhirku di bumi Terengganu


Hari ini..tiba-tiba hati dilayar jauh mengenangkan sahabat-sahabat di sekolah dan di JDK.Kadang-kadang terfikir,hrm..kenapa ingatan ini begitu sukar untuk dilupakan terhadap sahabat-sahabat yang baru kukenal di kursus itu.Apakah istimewanya mereka??Jika dibilang,semalam genap sebulan aku berpisah dengan mereka-mereka itu..Namun,kisah perjalanan yang dilalui bersama ibarat baru semalam aku bersama mereka...ingatan-ingatan tersebut masuh segar di ingatan.
Teringat time awal-awal dulu,memandangkan kami IPS perlu dibahagikan kepada 3 zon..utara,tengah dan timur.Waktu tu rasa macam dah confirm akan dpt di zon utara..tapi dengan penyusunan Allah,namaku telah tercatat di zon Timur..Time dpt tahu tu,memandangkan diri ni jenis x kisah sangat,hmm,mungkin ni la peluang untuk aku menjejakkan kaki ke Terengganu setelah bertahun lamanya tidak ku jejaki.Sahabat-sahabat yang lain yang dapat di zon timur,ramai yang rasa nak tukar pi utara..dekat sikit..ada yang mak ayah risau sebab jauh sangat..yang rasa lawaknya,nawal jenuh dipujuk untuk pergi..Masa dengan pantas terus berlalu.SPM baru je habis.Masa kat rumah,sahabat-sahabat yang nak pi Terengganu pun sama-sama bincang transport.Akhirnya semua putus untuk naik dari Sg Petani,Kedah..
          Kembaraku kini bermula..Entah..x tahu kenapa,hati ni rasa macam seram sejuk je.Bertolak dari rumah pegi Kedah..jumpa Fashihah di tol Sg.Petani.Bas yang bakal kami naiki bertolak jam 11 malam.Hujan begitu lebat sekali pada malam tu.Hujan rahmat barangkali.Hatiku bersuara.Tunggu punya tunggu,pukul 11:30 baru bas sampai.Aku bersama sahabat-sahabatku,Fashihah,Anis,Fadhilah,Nawal dan Khaulah memulakan pengembaran besama.Suasana yang begitu sejuk hujan ditambah lagi dengan air-cond bas membuatku x boleh duduk diam.Ya Allah,cepat la sikit sampai..x tahan dah sejuk ni..Memandangkan kami berenam ni memang tak tahu menahu tentang perjalanan ke Terengganu..Yang kami tahu,nanti turun dekat Jerteh.Mak Fashihah pesan,kalau dah sampai telefon pakcik Zukri yang telah diberi nombor..Dalam bas,bila bukak je mata..ingatkan dah sampai sebab dia berhenti..rupanya 3 kali bas tu berhenti kat Kelantan...Bila la nak sampai ni..Aku menyambumg tidur kembali..
          Nak dijadikan cerita...tiba-tiba dengar Anis dan Fashihah..jom-jom cepat turun,dah sampai dah.Bukak-bukak je mata tinggal kami 6 orang je dalam bas tu.Orang lain sume dah turun.Kakiku melangkah turun dari bas..Rasa macam x percaya..jasadku kini telah pun berada di terengganu.Jam menunjukkan pukul 6 pagi waktu tu..Azan pun berkumandang..Yang peliknya..suasananya macam bukan stesen bas..Kami turun elok-elok depan sebuah masjid..Kami pun pegi la solat dulu..pak cik yg datang nak ambil kami pun tiba.Dahla beg semua besar-besar..pastu kami kena bawa t-shirt kuning jdk untk zon timur punya..huh..Kami berenam pun naikla unser pakciktu..orang je yang naik..barang pakcik lain yang bawa...x muat.
           Pakcik tu bawa kami pegi rumah dia dulu..Pak Cik Mahmud namanya setelah kami bertaaruf..Rumah dia kat Kelantan..tu yang buat saya pelik awalnya..Ooo...rupanya..umah pakcik tu dah lebih kurang pemisah antara Klantan n Terengganu..
           Pukul 8:45 pagi,kami pun bertolak ke ILIM,Besut..tidak sabar rasanya hati ini ingin melihatnya..On the way tu,Syarah mesej,"kalau dah sampai bagitau ana"...Rupanya Syarah dah sampai dengan mak ayah dia..Elok je sampai,kami pun pegila daftar..Waktu tu rasa macam sunyi sepi sangat tempat tu..Mungkin orang Terengganu sampai lambat sikit kot..yela,tuan rumah katakan..Semua barang larangan perlu diserahkan..tak sempat nak mesej ummi buat yang terakhir kalinya.
          Habis tu,pregi daftar bilik pulak..Sebelum sampai bayang satu bilik tu ramai...dalam lima enam orang..tengok2 ha..ha 3 orang je..Kulihat pada senarai nama bilik itu..aku telah disusun untuk bersama Aisyah Humairah dan Nur Dalia..Dalam hati berdoa..Ya Allah..mudah-mudahan inilah penyusunanmu yang terbaik..memandangkan aku orang pertama,aku diamanahkan untuk memegang kunci...Bilik no.29..itulah no yang tercatat pada kunci itu..Datang seorang kakak yang menolongku mengangkat beg dan menunjukkan jalan kebilik..time tu tak kenal pun sapala kakak ni??ikut jela dia..bila dah habis kem,baru sedar kakak tu sebenarnya kak ati..faci kumpulanku...time tu dah terpisah dengan semua kawan-kawan..x tau pun depa bilik mana.masuk je bilik..buntu...dahla hp dah x de..jalan yang aku lalu nak sampai ke bilik ni pun dah tak ingat..berbelit-belit..Tiba-tiba ada orang ketuk pintu..bukak2..nawal..huh..syukur sangat2 time tu..macam mana la dia boleh tahu bilik aku..hmm..biarkan ia berlalu..khaulah pulak datang..rupa-rupanya masing2 saling tercari-cari sahabat mereka ada di bilik mana..kemasla barang-barang masuk dalam locker walaupun jantung waktu tu masih berdebar-debar..x tau kenapa,rasa takut semacam je..Akhirnya..kami pun berkumpul sekali..daripada enam orang..akhirnya menjadi 10..ditambah dgn syarah,atiqah,dalilah dan fisha..time tu alia x sampai lg.
       Malam hari pertama,pembahagian kumpulan..saat yang paling mendebarkan..alhmdulillah,aku bersama-sama fisha,sahabat satu sekolahku,aliah dan naurah,smik,aisyah smakl najwa dulu pernah bersamaku di ma3,dalia dan ida..syukur jgk,ada yg dah kenal..bermula proses taaruf selama 22 hari.. aliah,sebelum ni hanya pernah tahu akan kewujudannya bhw dia adik k/atiqah tp x pernah pun bersua.

PERJALANAN KURSUS...
   Minggu pertama..modul anjakan paradigma..Masa dirasakan begitu lambat berlalu..bila la nak hari ke 22.modul yang diberi memang best..byk input2 baru yg diperoleh..tp time petang yg x best..mmg aku dari dulu lg x suka btl wat presentation.Takut ckp kat depan.Allah je la yang tahu..tambah-tambah ada org laki..lagi la takut..redha je la.aku terfikir sendiri..sampai bila nak takut..aku kena cuba..Aku mesti buat satu perubahan bila keluar dari kursus ni.Kalau x,sia-sia ja masaku selama 3 minggu di sini,
     Masuk mingu kedua..rasa mcm..singkatnya masa berlalu..hari-hari berlalu dgn penuh pengisian keimanan..Time roll-call pagi,pukul 5.30pg adalah waktu yg plg mendidik hati..Waktu tu la nak jihad lawan nafsu tidur..Kem komandan,Abang Irfan setiap kali waktu roll call mesti sebut..
               "Seorang mukmin itu dikira lalai apabila dia bangun pada waktu azan subuh"
Seharusnya seorang mukmin itu perlu bangun sebelum azan.Kami memulakan hari kami dengan solat taubat,tahajud,hajat dan witir sebelum solat subuh.Lps subuh,baca al-ma'thurat sughra diselangi dgn qubra.Itulah yang menjadi sumber kekutan bagi seorang mukmin dalam menjalani kehidupan sehariannya.
      Masa begitu pantas berlalu...tidak mampu untuk menukilkan semuanya..ttp satu yg pasti,kesemuanya tersemat kukuh di hati.Hari Sabtu,hari terakhir untuk aku berada di ILIM,Besut ini.Terasa begitu sukar untuk meninggalkan insan-insan yang kutemukan di sini.
     Semua peserta sibuk mengemas barang masing-masing..Majlis penutupan pun berlangsung di dewan Al-Ghazali..huh..rasa cam x percaya,betul ke dah habis kursus ni..Majlis penyerahan sijil penyertaan buat semua peserta..Setelah itu,penyampaian hadiah buat kumpulan terbaik.Sepatutnya ada peserta terbaik tetapi memandangkan kesemua peserta terbaik..haha..digantikan dgn kump terbaik..alhamdulillah kumpulan terbaik..ULUL ALBAB..biar betul...orang dah bagi,terima je la..tp hakikatnya semua kumpulan telah memberikan komitmen yang terbaik..
       Allah tu memang perancang yang terbaik..siapa sangka,kedatanganku ke Terengganu telah memberikan 1001 hikmah yang tiada nilainya.
       Buat aliah,naurah,dalia,ida,aisyah,fisha dan najwa...ahli kumpulanku yg begitu bersemangat dalam setiap perjalanan program..Memberiku sumber inspirasi utk terus kuat semangat..
       Buat fisha,humairah,radhiah,alia,aliah,amalin,amirah,anis,asma,fatin,tonah,khaulah,mun,naurah,nawal,nik wani,niksyakirah,zita,aini,fizah,ida,,dibah,syamira,along,dalia,dalilah,fadhilah,fashihah,shatirah,atiqah,
shaheerah,siti,syarah,wani,najwa,saudah,widad dan yumni,penghuluwati yang bgtu brtgjwb.sentiasa mempamerkan qudwah hasanah buat kami.......jazakillah atas segalanya..mengenali kalian telah mendidik ku banyak perkara...memori pahit dan manis bersama kalian akan terus tersemat di hati....kak rosni dan kak ati,faci kumpulanku yg sungguh prihatin..jazakillah dan maaf atas ketidakmampuan kami memberikan yang terbaik..
      Semua urusetia dan fasilitator yang mecurahkan seluruh tenaga buat kami.dan x jemu-jemu memberikan tunjuk ajar...kak syu..x pernah jumpa tim.kem kom yang penyayang mcm dia..spt seorang ibu buat kami..
Apapun...jazakillah dan maaf aras semuanya..
      Mungkin,setakat ini dulu buat post kali ini...mudahan Allah terima sbg ibadah..

Friday, February 4, 2011

Permata itu..Nilainya tiada tara..

Alhamdulillah,kesyukuran yang tidak terhingga lantaran Allah masih memberi peluang untuk menukilkan sesuatu lantaran hati ini terlalu merindui insan-insan yang berada di dalam permata itu.Permata itu..nilainya tiada tarannya..Tidak mampu dibeli tetapi hanya mampu untuk dilalui untuk mengetahui kemanisan berada didalamnya.Ya Allah..lima tahun kami bersama dirasakan ibarat baru 5 hari bersama.Singkatnya masa itu.Begitulah manusia,tidak pernah cukup untuk bersyukur.Bila berseorangan,teringat wajah sahabat-sahabat yang memberikan 1001 inpirasi..sejuta kenangan pahit manis yang dilalui bersama.Permata itu ibarat sebuah keluarga bahagia yang sempurna.Macam-macam ragam ada.Membuat diri ini tersenyum sendiri bila mengenangkan ragam-ragam itu.Ya Allah indahnya bersahabat krnMu..bertemu berpisah hanya keranaMu.


uhibbukumfillah..kalianlah insan-insan permata yang bakal mencorak dunia.
insyaallah.......

Saat-saat akhir bersama merupakan saat yang paling tidak dapat dilupakan..Sentiasa segar di ingatan..Malam GRADUASI,malam yang menukilkan berjuta macam perasaan..melihat wajah murobbi-murobbi yang begitu mendidik..kalian adalah berlian berharga yang menyinari diri ini.Mengorbankan masa,tenaga dan harta untuk mendidik bakal-bakal mujahidah Islam insyaallah.Time tengok tayangan apriasiasi,hampir semua mengalirkan air mata..Rasa macam tak percaya..betul ke kita dah nak berpisah..Ya Allah..megapakah setiap pertemuan itu pasti akan adanya perpisahan?Rasa maca banyak sangat buat dosa kat cikgu-cikgu..Tidak mampu memberikan yang terbaik buat kalian!!Minta maaf cikgu...sewaktu bersalaman dengan rakan-rakan dan guru-guru,seolah-olah ada satu ikatan yang tidak mampu dirungkaikan.Hebatnya berukhwah kerana Allah!!mungkin,Allah baru bagi rasa betul-betul time dah nak keluar..Waktu tu la baru rasa macam beruntungnya Allah letak aku dalam suasana yang macam ni.Suasana yang sentiasa menginagtkan hati kepada Allah swt.Pilihan ada dihati sendiri.sama ada untuk membukanya atau tidak.Rugi sangat2 kalau tak ambil betul-betul.Orang yang berada di lombong emas kadang-kadang dia tak sedar yang emas tu berharga..

 Bergambar selepas malam graduasi..

Selesai sahaja jamuan graduasi malam tu,sambung tengok tayangan lagi skali dalam rumah kami..(bilik oren)lampu ditutup.masing-masing baring di lantai..Buat kali pertama dan terakhirnya...Video-video dahulu kala dipasang kembali.time f1,f2,f3.Mengimbau saat-saat dahulu yang mebuat kami tertawa.Masing-masing tertanya..betul ke aku dulu camtu?ha..haWaktu tu,memang rasa macam sebuah keluarga yang cukup bahagia.Time tula rasa mcm taknak bagi sapa-sapa pun pergi..Pergi meninggalkan bumi wakafan itu..


Khususan buat warga permata16,
Kalian adalah permata berharga yang mewarnai hidup ini,
tanpa kalian di sisi,hidup dirasakan begitu sepi,
Megapa begitu kukatakan?
Kerana kita bersama-sama menuju matlamat yang satu...
Bukankah matlamat itu yang kita dambakan?
Mengharap REDHA dariNya..
Segala kenangan bersama,tidak mampu ku padamkan,
makan di dalam talam bersama,menuntut ilmu bersama,solat bersama,tidur bersama
merupakan memori indah yang bakal kusemat dalam ingatan..
Ingin ku khabarkan kepada dunia,
permata inilah yang mengajarku banyak perkara..
memberiku berjuta pengalaman,berjuta macam perasaan
yang akhirnya menjadi SATU..
Hanyalah tingal KERINDUAN..
Dalam kita bersahabat,pastinya ada kesilapan yang tidak disengajakan,
Ada hati yang tanpa sedar telah dihirisi dan dikecilkan..
Ada kelakuan yang kurang menyenangkan..
Harap semuanya dapat dimaafi..
Halalkan semuanya...
Andai kita tidak bersua di dunia..Mudahan kita bersua di SYURGA abadi,
Andai diri ini tersunggur jatuh dari landasanNya,
Kalianlah permata-permata berharga yang bakal
Mengangkat diri ini kembali......
Ya Allah,engaku mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul
kerana mengasihaniMu,
berkumpul untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati-hati ini talah mengikat janji setia untuk mendaulat dan mendokong syariatMu,
maka eratkanlah akan ikatannya Ya Allah,
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan Nya yang sebenar.
Penuhkan piala hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu
yang tidak kunjung malap
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu,
Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentangmu,
Jika engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada 
dalam perjuangan agamaMu... 



                          5 Fatimah dan 5 Sumaiyah yang memberikan sumber inspirasi
                                            Permata 16,jazakillah atas segalanya..

Istimewa..

Alhamdulillah,akhirnya terhasillah jugak blog ini wlpn tidak seberapa.Tidak lain hanyalah dgn izin dan perkenan dari Allah swt.Mudah-mudahan setiap huruf yang dilakarkan dilihat oleh Allah sbg ibadah kpdNya.Mudah-mudahan dapat dikongsi bersama untuk manfaat bersama..