Friday, February 4, 2011

Permata itu..Nilainya tiada tara..

Alhamdulillah,kesyukuran yang tidak terhingga lantaran Allah masih memberi peluang untuk menukilkan sesuatu lantaran hati ini terlalu merindui insan-insan yang berada di dalam permata itu.Permata itu..nilainya tiada tarannya..Tidak mampu dibeli tetapi hanya mampu untuk dilalui untuk mengetahui kemanisan berada didalamnya.Ya Allah..lima tahun kami bersama dirasakan ibarat baru 5 hari bersama.Singkatnya masa itu.Begitulah manusia,tidak pernah cukup untuk bersyukur.Bila berseorangan,teringat wajah sahabat-sahabat yang memberikan 1001 inpirasi..sejuta kenangan pahit manis yang dilalui bersama.Permata itu ibarat sebuah keluarga bahagia yang sempurna.Macam-macam ragam ada.Membuat diri ini tersenyum sendiri bila mengenangkan ragam-ragam itu.Ya Allah indahnya bersahabat krnMu..bertemu berpisah hanya keranaMu.


uhibbukumfillah..kalianlah insan-insan permata yang bakal mencorak dunia.
insyaallah.......

Saat-saat akhir bersama merupakan saat yang paling tidak dapat dilupakan..Sentiasa segar di ingatan..Malam GRADUASI,malam yang menukilkan berjuta macam perasaan..melihat wajah murobbi-murobbi yang begitu mendidik..kalian adalah berlian berharga yang menyinari diri ini.Mengorbankan masa,tenaga dan harta untuk mendidik bakal-bakal mujahidah Islam insyaallah.Time tengok tayangan apriasiasi,hampir semua mengalirkan air mata..Rasa macam tak percaya..betul ke kita dah nak berpisah..Ya Allah..megapakah setiap pertemuan itu pasti akan adanya perpisahan?Rasa maca banyak sangat buat dosa kat cikgu-cikgu..Tidak mampu memberikan yang terbaik buat kalian!!Minta maaf cikgu...sewaktu bersalaman dengan rakan-rakan dan guru-guru,seolah-olah ada satu ikatan yang tidak mampu dirungkaikan.Hebatnya berukhwah kerana Allah!!mungkin,Allah baru bagi rasa betul-betul time dah nak keluar..Waktu tu la baru rasa macam beruntungnya Allah letak aku dalam suasana yang macam ni.Suasana yang sentiasa menginagtkan hati kepada Allah swt.Pilihan ada dihati sendiri.sama ada untuk membukanya atau tidak.Rugi sangat2 kalau tak ambil betul-betul.Orang yang berada di lombong emas kadang-kadang dia tak sedar yang emas tu berharga..

 Bergambar selepas malam graduasi..

Selesai sahaja jamuan graduasi malam tu,sambung tengok tayangan lagi skali dalam rumah kami..(bilik oren)lampu ditutup.masing-masing baring di lantai..Buat kali pertama dan terakhirnya...Video-video dahulu kala dipasang kembali.time f1,f2,f3.Mengimbau saat-saat dahulu yang mebuat kami tertawa.Masing-masing tertanya..betul ke aku dulu camtu?ha..haWaktu tu,memang rasa macam sebuah keluarga yang cukup bahagia.Time tula rasa mcm taknak bagi sapa-sapa pun pergi..Pergi meninggalkan bumi wakafan itu..


Khususan buat warga permata16,
Kalian adalah permata berharga yang mewarnai hidup ini,
tanpa kalian di sisi,hidup dirasakan begitu sepi,
Megapa begitu kukatakan?
Kerana kita bersama-sama menuju matlamat yang satu...
Bukankah matlamat itu yang kita dambakan?
Mengharap REDHA dariNya..
Segala kenangan bersama,tidak mampu ku padamkan,
makan di dalam talam bersama,menuntut ilmu bersama,solat bersama,tidur bersama
merupakan memori indah yang bakal kusemat dalam ingatan..
Ingin ku khabarkan kepada dunia,
permata inilah yang mengajarku banyak perkara..
memberiku berjuta pengalaman,berjuta macam perasaan
yang akhirnya menjadi SATU..
Hanyalah tingal KERINDUAN..
Dalam kita bersahabat,pastinya ada kesilapan yang tidak disengajakan,
Ada hati yang tanpa sedar telah dihirisi dan dikecilkan..
Ada kelakuan yang kurang menyenangkan..
Harap semuanya dapat dimaafi..
Halalkan semuanya...
Andai kita tidak bersua di dunia..Mudahan kita bersua di SYURGA abadi,
Andai diri ini tersunggur jatuh dari landasanNya,
Kalianlah permata-permata berharga yang bakal
Mengangkat diri ini kembali......
Ya Allah,engaku mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul
kerana mengasihaniMu,
berkumpul untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati-hati ini talah mengikat janji setia untuk mendaulat dan mendokong syariatMu,
maka eratkanlah akan ikatannya Ya Allah,
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan Nya yang sebenar.
Penuhkan piala hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu
yang tidak kunjung malap
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu,
Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentangmu,
Jika engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada 
dalam perjuangan agamaMu... 



                          5 Fatimah dan 5 Sumaiyah yang memberikan sumber inspirasi
                                            Permata 16,jazakillah atas segalanya..

4 comments:

  1. InsyaALLAH.....SALAM UKHWAH.....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Ainul!! sangat tersentuh membaca post ini... Terkenang saat2 dahulu..oh indahnya!! Ketahuilah, aku juga rindu permata itu!!

    ReplyDelete
  4. really miss those pearls...

    ReplyDelete